THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, August 26, 2009

penyataan BAYU UTOMO



Pameran ini turut memperlihatkan karya dua pelukis yang sebelum ini dilihat agak senyap dalam dunia seni lukis iaitu Bayu Utomo Radjikin dan Jalaini Abu Hassan.Bayu Utomo yang kini banyak terbabit dalam kerja-kerja teater mempamerkan instalasinya bertajuk Mencari Pahlawan: Dari Senja ke Subuh yang dapat dilihat sebagai lanjutan daripada kerja-kerja teaternya.Ia mempamerkan sekali lagi karya besar, berupa beberapa gantungan yang memperlihatkan seorang pemuda lengkap dengan pakaian pahlawan dalam beberapa aksi.Berlatarkan biru dengan suasana kelam, satu warna yang dapat dikaitkan dengan masa itu, ia mencerminkan keterpersonaan masyarakat pada kepahlawanan dan imej wira perang.Bagi Jalaini Abu Hassan pula, pameran kali ini menyaksikan semula contengan arang yang memang menjadi kekuatannya dan memaparkan imajan figura, mistik serta magis.Ia adalah berupa subjek dari alam Melayu yang menjadi temanya dan membuka satu dimensi bagi penghayat seni dalam memahami unsur-unsur berkenaan yang sememangnya wujud dalam budaya Islam dan juga pra-Islam.Satu yang agak menarik juga adalah karya Liew Kung Yu yang memaparkan Wadah Untuk Pemimpin, satu instalasi ditujukan untuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ia dikatakan sebagai dipenuhi gaya hiasan seni buatan tangan yang penuh kasih sayang dan juga gaya kemalaysiaan yang sengaja dilebih-lebihkan ala gaya Rancangan Felda.Melabelkan Rancangan Felda sebagai gaya yang dilebih-lebihkan bukanlah satu penghakiman yang tepat, dan menganggapnya sebagai hiasan yang melampau juga menggambarkan pandangan seni tidak adil yang dimilik pengkarya.Jika pengkarya memegang kepada konsep serta gaya yang disenangi mengapa konsep yang disenangi oleh orang lain harus menjadi bahan untuk diperkatakan.Seperti Rancangan Felda, karya ini juga boleh diinterpretasikan pelbagai, bergantung kepada bagaimana seseorang itu melihatnya dan menanggapnya seperti juga kad berbentuk hati yang disediakan untuk orang ramai meluahkan perasaan mengapa mereka sukakan Dr Mahathir.Apa pun, dalam membentangkan apa yang dikatakan sebagai Seni Malaysia Kini, yang jelas, isu pelukis dan jati diri bagaikan masih tidak selesai yang kadang-kadang menampakkan seperti adanya satu kecelaruan.

0 comments: